Tuesday, August 21, 2018

Al-Amin 2 tahun lebih



Saturday, January 06, 2018

Ulangtahun perkahwinan yang ke 15, Alhamdulillah...






Friday, September 05, 2014

Tradisi Keluarga

Terbaik untuk anak hebat!

Sebelum Berumahtangga dan Mengandung!

1. Jaga Solat 5 Waktu
2. Jadikanlah diri anak yang soleh/solehah
3. Jaga pemakanan

Mengandung
1. Sentiasa memperdengarkan alunan Al-Quran
2. Pemakanan yang baik - Badam, Susu, Kurma, Madu, Tembikai, Kismis, Multivitamin etc
3. Cuba berkomunikasi dan baca cerita yang baik pada anak.

Utk ibu: pastikan perut sentiasa disapu minyak zaiton agar tidak pecah ( selulit ) dan pakai pakaian dalam bersesuaian untuk menjaga payudara.

Setelah kelahiran.
1. Susu Ibu- sehingga 2 tahun
2. Makanan berkhasiat: Madu, kurma, kismis, habatussauda, susu ( susu kambing ) -wajib + vitamin
3. Perkataan pertama -Allah dan perdengarkan Al-Quran ( dr CD) dr hari pertama kelahiran
4. Sentiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris- 1 parent 1 language, agar anak dapat menguasai 2 bahasa sekaligus.
5. Mula ajar membaca dari umur 1 tahun setengah ( Buku: Bacalah Anakku ) dan basic matematik serta perkenal huruf-huruf Al-Quran.
6. Pastikan makanan anak sentiasa berkhasiat! Setiap hidangan mestilah seimbang dan mempunyai lebih 7 jenis makanan.


Didikan Awal
1. Sentiasa Doakan anak-anak dengan suara kuat agar anak dengar dan mengetahui harapan kita- doakan anak-anak jadi AHLI SYURGA!
2. Sentiasa membaca dengan anak-anak.
3. Sentiasa memberi pujian dan semangat untuk anak-anak terus maju.
4. Sentiasa peluk dan cium mereka.
5. Elakkan berkata buruk pada anak-anak walaupun betapa kita rasa nak marah!
6. Mula mendidik untuk solat ketika berumur 7 tahun. Masuk je 7 tahun perlu slow talk dengan anak-anak tentang kewajipan menunaikan solat,
7. Masuk umur 10 tahun, beritahu anak mulai hari itu jika dia tidak solat, kita berhak memukul mereka. Pukul kerana sayang, sebab takut anak tidak dapat ke syurga, nau'zubillah!
8. Ajar anak sentiasa membaca Al-quran, bukan bermusim.
9. Luangkan waktu malam untuk bersama anak-anak dan pasangan.
10. Ajar anak-anak sentiasa jadi pembersih dan kemas.

Monday, April 07, 2014

Kembara Hiroshima: Hari Pertama Sekolah di Jepun

Salam semua,

Hari ini merupakan hari pertama anak-anak bersekolah di Jepun. Mitsujou Shougakko ( Sekolah Rendah Mitsujou) yang terletak di Saijo, Higashi-Hiroshima, Jepun.






Wednesday, October 02, 2013

Kembara Hiroshima: 1 Oct 2013

Tuesday, April 09, 2013

Anak-anakku Sayang!

Salam,

Entry ni dibuat khas untuk anak-anak yang sangat Ummi sayangi...

1) FARIHAH HIDAYAH BT AHMAD FIKRI
2) AHMAD FAWWAZ HARRAZ B AHMAD FIKRI
3) FAQIHAH HURAIYAH BT AHMAD FIKRI
4) AHMAD FARIS HULAIF B AHMAD FIKRI
 



Ummi sentiasa mendoakan anak-anak Ummi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, taat perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, menjadi anak-anak yang berbudi pekerti mulia, mudah memahami agama Allah, anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ya Allah, jadikanlah anak-anakku, anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan hati semua. Kurniakanlah kebijaksanaan yang luar biasa kepada anak-anakku Ya Allah sebagaimana Kau kurniakan kepada tokoh-tokoh Islam terdahulu. Berikanlah kami kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Ampunilah kesalahan-kesalahan kami Ya Allah. Kurniakanlah kami Syurga Firdaus-Mu dengan rahmat-Mu yang Allah.

Jadikanlah anak-anakku, pewaris perjuangan Islam dan pembela Agama-Mu Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anakku mengikut cara Rasulullah. Berikanlah kelembutan dan ketegasan kepada dalam proses mendidik permata-permata hatiku, Ya Allah. Hanya kepada Engkau-lah aku berserah dan meminta pertolongan. Amin, amin Ya Rabbal A'lamin.

Anak-anakku,
Inilah harapan Ummi dan Abah kepada kamu semua. Semoga kamu menjadi anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Amin


 
 




 

Wassalam


Saturday, January 05, 2013

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 10

Salam semua,

Pada 3 Jan 2013, genaplah usia perkahwinan kami 10 tahun. Rasa macam sekejap sahaja dah 10 tahun. Bila fikir balik, banyak pengalaman suka duka yang telah kami lalui bersama. Doakan kami sekuluarga kekal bahagia hingga ke syurga dan dirahmati Allah selalu.Wassalam

Dulu ... pada 3 Jan 2003
 
Sekarang...