Friday, September 05, 2014

Tradisi Keluarga

Terbaik untuk anak hebat!

Sebelum Berumahtangga dan Mengandung!

1. Jaga Solat 5 Waktu
2. Jadikanlah diri anak yang soleh/solehah
3. Jaga pemakanan

Mengandung
1. Sentiasa memperdengarkan alunan Al-Quran
2. Pemakanan yang baik - Badam, Susu, Kurma, Madu, Tembikai, Kismis, Multivitamin etc
3. Cuba berkomunikasi dan baca cerita yang baik pada anak.

Utk ibu: pastikan perut sentiasa disapu minyak zaiton agar tidak pecah ( selulit ) dan pakai pakaian dalam bersesuaian untuk menjaga payudara.

Setelah kelahiran.
1. Susu Ibu- sehingga 2 tahun
2. Makanan berkhasiat: Madu, kurma, kismis, habatussauda, susu ( susu kambing ) -wajib + vitamin
3. Perkataan pertama -Allah dan perdengarkan Al-Quran ( dr CD) dr hari pertama kelahiran
4. Sentiasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris- 1 parent 1 language, agar anak dapat menguasai 2 bahasa sekaligus.
5. Mula ajar membaca dari umur 1 tahun setengah ( Buku: Bacalah Anakku ) dan basic matematik serta perkenal huruf-huruf Al-Quran.
6. Pastikan makanan anak sentiasa berkhasiat! Setiap hidangan mestilah seimbang dan mempunyai lebih 7 jenis makanan.


Didikan Awal
1. Sentiasa Doakan anak-anak dengan suara kuat agar anak dengar dan mengetahui harapan kita- doakan anak-anak jadi AHLI SYURGA!
2. Sentiasa membaca dengan anak-anak.
3. Sentiasa memberi pujian dan semangat untuk anak-anak terus maju.
4. Sentiasa peluk dan cium mereka.
5. Elakkan berkata buruk pada anak-anak walaupun betapa kita rasa nak marah!
6. Mula mendidik untuk solat ketika berumur 7 tahun. Masuk je 7 tahun perlu slow talk dengan anak-anak tentang kewajipan menunaikan solat,
7. Masuk umur 10 tahun, beritahu anak mulai hari itu jika dia tidak solat, kita berhak memukul mereka. Pukul kerana sayang, sebab takut anak tidak dapat ke syurga, nau'zubillah!
8. Ajar anak sentiasa membaca Al-quran, bukan bermusim.
9. Luangkan waktu malam untuk bersama anak-anak dan pasangan.
10. Ajar anak-anak sentiasa jadi pembersih dan kemas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home