Saturday, December 22, 2012

Sessi 1 :Kelas Renang Anak-anak

Salam semua,

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah(Shahih Bukhari – Muslim)

22/12/2012 merupakan tarikh istimewa bagi kami sekeluarga iaitu sessi pertama kelas renang anak-anak yang telah lama ditunggu-tunggu.

Dulu semasa di Kuantan ( 2009 ), pernah sekali nak belajar. Siap dah bawa ke kolam, tapi tak jadi sebab terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Lama betul cari kelas renang yang sesuai dan kalau boleh dekat, tapi tak berjumpa.

Akhirnya, jumpa dalam internet ( rasanya 21/11/12), terus ke destinasi untuk mengisi borang dan menunggu peluang dari instruktor renang sebab satu kelas renang tu minimum kena ada 7 orang pelajar. Paling bahagia, bila dapat call boleh start belajar 3 hari lalu. Paling best, anak-anak dah dapat masuk Universiti kecil-kecil lagi sebab kelas renang tu dalam kawasan universiti...

Butiran kelas renang:

Tempat : Kompleks Renang (Tertutup), Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Shah Alam.
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 - 2.00 petang
Bayaran : RM 130 seorang bagi 10 jam belajar.
Anak sebagai pelajar: 1) Farihah Hidayah bt Ahmad Fikri ( 8 tahun )
                                    2) Ahmad Fawwaz Harraz b Ahmad Fikri ( 7 tahun )
                                    3) Faqihah Huraiyah bt Ahmad Fikri ( 6 tahun )

Sessi Pertama Pengajaran. ( ada 8 orang pelajar )

1- Minta pelajar duduk tepi kolam, letak kaki dalam air.
2- Masuk kolam, tiup air dalam kolam guna mulut.
3- Selam kepala dalam air tahan nafas beberapa saat ( dengan bantuan guru ) - 3 kali seorang ikut giliran.
4- Latihan Gerakan Kaki dengan badan di atas tebing kolam, kaki dalam air.
5- Perkenalkan skatebaord air ( sebagai pelampung ) dan minta pelajar berenang (goyangkan kaki) dengan dada dan perut di atasnya.


Semua pelajar dilatih olek intruktor mengikut giliran. Ahmad nampak berani berbanding Hidayah dan Huraiyah. Dia asyik berada dalam air dan berpegang tepi kolam semasa instuktor mengajar pelajar lain sambil menunggu gilirannya. Hidayah dan Huraiyah masih tak berapa berani nak selam kepala dalam air semasa bersama instruktor.

Yang tak tahannya, Hidayah dan Huraiyah nak kencing semasa belajar sebab air kolam terlalu sejuk. Jadi, terpaksa behenti sekejap dan pergi ke tandas dengan izin instruktor. Lama pulak tu, sebab baju renang tu bersambung antara baju dan seluar. Jadi nak pakai balik dalam keadaan basah tu susahlah sedikit.

Apa pun, over all sebagai pemerhati, saya berpuashati dengan sessi pertama pengajaran. Ikuti sessi kedua,  2 minggu lagi kerana minggu depan instruktor kena pergi outstation. Terima kasih, En Nasri (instruktor kelas renang).




0 Comments:

Post a Comment

<< Home