Saturday, December 15, 2012

Kenangan indah di USM Tronoh!


Salam semua,

13 Disember 2012 yang lalu, sempena balik ke rumah Papa di Ipoh, Perak, suami mengambil peluang untuk mengimbas kembali kenangan indah semasa di Kampus Kejuruteraan, USM di Tronoh yang sekarang ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Kampus kami telah berpindah ke Nibong Tebal, Pulau Pinang.
 Di kawasan dataran tengah USM (dulu) antara library dengan school mechanic.

Di kampus inilah kami bertemu... tapi tak pernah bercakap pun! Akhirnya selamat ke jinjang pelamin, Alhamdulillah. Rasanya, saya betul-betul berhadapan dengan suami di kampus ni hanya  dua kali sahaja. Tu pun disebabkan untuk teman kak senior nak ambil barang dengan suami dan satu lagi dalam meeting program. Hehehehe... tak sangka, itulah jodoh.

Tempat yang membawa 1001 kenangan indah bersama suami di USM dulu...terutama kat tangga tu.

Di tangga ni la masa jumpa suami sebab temankan kakak senior!

Suami dan saya mengambil jurusan yang berbeza; Suami belajar dalam bidang kejuruteraan Elektirk dan Elektronik dan saya di bidang kejuruteraan Kimia. School ( ala-ala fakulti tapi kami di sini panggil school ) pun jauh. Sudah suratan kami ditentukan hidup bersama, syukur sangat-sangat!
Bangunan-bangunan lama tak banyak berubah. Terutama desasiswa Jaya dan Lembaran. Hari tu baru tahu bahawa suami pun tinggal di Desasiswa Lembaran juga. Dekat je blok kami. Ingatkan dia menetap di Desasiswa Jaya selama ni! Hish banyak betul saya tak tahu pasal suami, walaupun dah hampir 10 tahun kahwin! Lepas tu suami tinggal di rumah sewa di Taman Maju Aman di tahun ketiga pengajian.

Kami ke rumah sewa suami dulu. Saje suami nak lihat semula rumah tu. Mula-mula tak jumpa, sebab kawasan dah agak berbeza. Akhirnya jumpa juga. Dan inilah kali pertama saya tengok dan tahu bekas rumah sewa suami. Depan perumahan tu dulu kosong, sekarang siap ada TESCO lagi.

Inilah rumah sewa suami waktu belajar dulu...

Kemudian, kami bertolak ke UTP yang dahulunya Kampus USM kami. Mula-mula kami ke desasiswa Lembaran yang telah bertukar nama, tapi nombor blok tetap sama. Kami minum di cafe Lembaran bersama anak-anak.

Desasisawa Lembaran Blok 2A dahulu kini nama lain.. Yang peliknya siswi ( sekarang ) lalu betul-betul depan blok lelaki untuk ke Blok 2C di laluan pejalan kaki depan motorsikal tu. Mungkin dah diarahkan kut. Kami dulu jalan jauh-jauh dari blok lelaki ( atas jalan tar depan tu ), segan...

Desasiswa Lembaran 2C ( Perempuan )

Dari kanan; Blok 2C, Cafe Lembaran dan Blok 2A.
Seterusnya kami menuju ke School Kejuruteraan Kimia, School Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Dataran Tengah Kampus dan singgah makan di cafe sebelah School Mekanik. Semua bangunan masih ada dan sama. Cuma bukan lagi tempat belajar bidang yang sama. Warna pun adalah berubah sikit-sikit kecuali School Kimia yang agak berubah berbanding yang lain.

School kimia paling cantik... Banyak perubahan. Sekarang bukan lagi school kimia...


School EE masih sama macam dulu... tapi tak tahulah dah jadi school apa dalam UTP.

Menyesal sangat tak ambil gambar banyak-banyak sewaktu belajar dulu. Mungkin boleh dibuat perbandingan keadaan dulu dan sekarang.

Seterusnya kami ke Pusat Islam @ masjid USM. Sekarang dah ada 2 masjid di UTP. Satu masjid USM dulu ( tapi rasanya orang dah tak solat di sini, macam dijadikan tempat ceramah ) dan satu lagi masjid baru UTP yang sangat besar lagi indah.

Bergambar di masjid 'USM'

Bergambar menghala ke tasik dari dalam masjid.

Dewan Besar untuk peperiksaan pun masih seperti dahulu.
Kemudian, kami ke tempat di mana suami saya melihat saya waktu tu dan berkata dalam hati, " Dia nilah bakal isteriku" Kelakarkan... Saya tak perasan langsung dia pun. Tempat ni adalah kawasan Dewan Kuliah Utama ( DK 1), DK 2 dan DK 3. Suami kata waktu tu ada program kat situ. Dia berada di palang tangga dan terlihat saya yang nak masuk dewan ( DK 1 ).

Kawasan yang bersejarah bagi suami... maklumlah hati sudah berbunga...heehehe

 
Dulu hanya seorang diri di palang tangga ni, kini berdua malah dah pun berenam....


Hulaif sempat berposing dalam DK 2 sebab tak de kuliah dalam tu. DK 1 ada pelajar.


Dalam DK 2...


Anak-anak happy sebab dapat tengok Universiti Abah dan Ummi mereka belajar.

Dah habis berposing, kami pun pulang meninggalkan 1001 kenangan indah di Kampus Kejuruteraan USM Tronoh a.k.a UTP sekarang. Doakan kebahagiaan yang terbina kekal hingga ke syurga. Wassalam

Doakan kami kekal bahagia ye... tq

0 Comments:

Post a Comment

<< Home