Orientasi Tahun 1 di SK Cochrane.
Salam semua,
Hari ni merupakan hari pertama Huraiyah ( anak ketiga kami ) menjejakkan kaki sebagai murid tahun 1 di SK Cochrane. Beliau megitu bersemangat untuk hadir ke Orientasi Sekolah. Sekali kejut je, terus bangun dan mandi... tak seperti hari biasa...hehehe.
Kami tiba di sana dalam pukul 7.45 pagi. Suami, Ahmad dan Huraiyah terus ke meja pendaftaran untuk mendaftar diri. Nama Huraiyah berada di Kelas 2. Kemudian, murid-murid dikehendaki beratur dalam keadaan duduk mengikut kelas. Semua murid kemudiannya dibawa oleh guru ke kelas masing-masing manakala para ibubapa diminta ke dewan untuk sessi taklimat dan perkenalan mengenai SK Cockrane.
Landskap SK Cochrane cantik dan nampak kondusif untuk pembelajaran anak-anak. Kawasan Sekolah pun bersih. Tahniah!
Ibubapa mendengar sedikit kata-kata aluan oleh Guru Besar, En Najib dan juga YDP PIBG SK Cochrane. Kemudian, kami dihidangkan dengan tontonan video mengenai KSSR, MBMMBI dan beberapa video lagi. Taklimat dari Penyelaras Tahun 1 mengenai Fail Peribadi Murid, Yuran dan dll.
Huraiyah rupanya berada di 1 Ixora dan sedang menjawab kertas soalan. Beberapa gambar diambil sebagai kenang-kenangan Tahun 1 bagi Huraiyah. Selepas rehat, ibubapa diminta mengisi maklumat Fail Peribadi, Kad Kesihatan, Kad Gigi dan borang SMM.
Secara keseluruhannya, tahniah diucapkan kepada SK Cochrane atas kelancaran Orientasi Tahun1 sessi 2013. Tahniah kerana menepati waktu mengikut tentatif yang diberikan. Semoga Ibubapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak.

Huraiyah sedang tekun menjawab kertas soalan yang diberikan.
Huraiyah rupanya berada di 1 Ixora dan sedang menjawab kertas soalan. Beberapa gambar diambil sebagai kenang-kenangan Tahun 1 bagi Huraiyah. Selepas rehat, ibubapa diminta mengisi maklumat Fail Peribadi, Kad Kesihatan, Kad Gigi dan borang SMM.
Secara keseluruhannya, tahniah diucapkan kepada SK Cochrane atas kelancaran Orientasi Tahun1 sessi 2013. Tahniah kerana menepati waktu mengikut tentatif yang diberikan. Semoga Ibubapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home