Saturday, December 29, 2012

Sehari di Melaka dan lain-lain...

Salam semua,

Tujuan asal ke Melaka ialah untuk mencari remis di Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah Melaka. Keseronokan mencari remis sessi pertama November lalu, membawa kami sekali lagi ke pantai ini.

Bertolak dari KL pukul 8.20 pagi dan singgah di Bandar Seri Putra untuk menikmati sarapan. Tiba di Pantai Pengkalan Balak dalam pukull 11.00 pagi. Bersantai sambil membuat pertandingan pengutip remis paling banyak hingga pukul 1.30 petang. Namun, agak terkilan kerana hasil kutipan agak berkurangan mungkin disebabkan hari panas. Tapi, alhamdulillah, masih ada bekalan remis untuk dibawa pulang ke KL.

Dari pengalaman yang lalu, kami datang dalam pukul 6.45 pagi dan tiba 2 jam kemudian. Hasil pencarian remis yang banyak diperolehi. Mungkin, di lain masa, kami perlu datang lebih awal. Agaknya, remis senang dijumpai dalam pasir yang sejuk...

Cari mencari remis di sini agak berlainan dengan di Pantai Merang, Terengganu ( negeri sendiri ). Di sana, kami hanya menunggu ombak datang membawa remis. Remis yang tidak sempat dibawa ombak semula ke laut akan masuk sedikit dalam pasir dan waktu inilah dengan segera kami kutip remis-remis tu sebelum ombak datang kembali.

Tapi di Pantai Pengkalan Balak, Melaka berbeza. Kami perlu mencari remis dengan menggali pasir dan mejumpai remis-remis tu dengan tidak sengaja. Yang agak pelik, remis ada dalam pasir di bahagian atas kawasan pantai yang tidak terkena ombak pun. Mungkin sebelum ni ombak pernah sampai ke kawasan atas pasir pantai dan meninggalkan remis-remis hidup di situ. Jadi, di pantai ni, kami perlu berusaha lebih menggali pasir untuk mendapatkan remis.

Setelah itu ( walaupun masih tak berpuashati dengan hasil kutipan remis dan hari makin panas ), kami bertolak menuju ke bandar Melaka dan ke Ayer Keroh membeli belah baju dan buku. Kemudian, kami bertolak pulang ke KL.

Dalam perjalanan pulang, sekali lagi kami singgah di Bandar Seri Putra dan ke pasar malam. Beli 2 biji kek angry bird kegemaran anak-anak. Kemudian ke Putrajaya untuk menikmati makan malam serta mandi kolam di Kompleks Kejiranan Putrajaya.

Kepada yang ingin merasai pengalaman manis mencari remis bolehlah berkunjung ke Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Pasti pengalaman ini cukup indah untuk diri dan keluarga anda.  Insya Allah, kami akan ke sana lagi nanti. Wassalam

Friday, December 28, 2012

Durian Creep Wan Cu Lina!

Salam,

Memang best Durian Creep Wan cu Lina buat. Thanks Tok Su dan Wan Cu! Hulaif dan Ahmad suka Durian Creep tu...
Sedap...


Hulaif suka sangat!


Huraiyah bagi 'thumb up' untuk Wan Cu's Durian Creep




Orientasi Tahun 1 di SK Cochrane.

Salam semua,

Hari ni merupakan hari pertama Huraiyah ( anak ketiga kami ) menjejakkan kaki sebagai murid tahun 1 di SK Cochrane. Beliau megitu bersemangat untuk hadir ke Orientasi Sekolah. Sekali kejut je, terus bangun dan mandi... tak seperti hari biasa...hehehe.

Kami tiba di sana dalam pukul 7.45 pagi. Suami, Ahmad dan Huraiyah terus ke meja pendaftaran untuk mendaftar diri. Nama Huraiyah berada di Kelas 2. Kemudian, murid-murid dikehendaki beratur dalam keadaan duduk mengikut kelas. Semua murid kemudiannya dibawa oleh guru ke kelas masing-masing manakala para ibubapa diminta ke dewan untuk sessi taklimat dan perkenalan mengenai SK Cockrane.

Landskap SK Cochrane cantik dan nampak kondusif untuk pembelajaran anak-anak. Kawasan Sekolah pun bersih. Tahniah!

Ibubapa mendengar sedikit kata-kata aluan oleh Guru Besar, En Najib dan juga YDP PIBG SK Cochrane. Kemudian, kami dihidangkan dengan tontonan video mengenai KSSR, MBMMBI dan beberapa video lagi. Taklimat dari Penyelaras Tahun 1 mengenai Fail Peribadi Murid, Yuran dan dll.

Huraiyah sedang tekun menjawab kertas soalan yang diberikan.

Huraiyah rupanya berada di 1 Ixora dan sedang menjawab kertas soalan. Beberapa gambar diambil sebagai kenang-kenangan Tahun 1 bagi Huraiyah. Selepas rehat, ibubapa diminta mengisi maklumat Fail Peribadi, Kad Kesihatan, Kad Gigi dan borang SMM.

Secara keseluruhannya, tahniah diucapkan kepada SK Cochrane atas kelancaran Orientasi Tahun1 sessi 2013. Tahniah kerana menepati waktu mengikut tentatif yang diberikan. Semoga Ibubapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak.

Saturday, December 22, 2012

Sessi 1 :Kelas Renang Anak-anak

Salam semua,

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah(Shahih Bukhari – Muslim)

22/12/2012 merupakan tarikh istimewa bagi kami sekeluarga iaitu sessi pertama kelas renang anak-anak yang telah lama ditunggu-tunggu.

Dulu semasa di Kuantan ( 2009 ), pernah sekali nak belajar. Siap dah bawa ke kolam, tapi tak jadi sebab terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Lama betul cari kelas renang yang sesuai dan kalau boleh dekat, tapi tak berjumpa.

Akhirnya, jumpa dalam internet ( rasanya 21/11/12), terus ke destinasi untuk mengisi borang dan menunggu peluang dari instruktor renang sebab satu kelas renang tu minimum kena ada 7 orang pelajar. Paling bahagia, bila dapat call boleh start belajar 3 hari lalu. Paling best, anak-anak dah dapat masuk Universiti kecil-kecil lagi sebab kelas renang tu dalam kawasan universiti...

Butiran kelas renang:

Tempat : Kompleks Renang (Tertutup), Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Shah Alam.
Hari : Sabtu
Masa : 12.00 - 2.00 petang
Bayaran : RM 130 seorang bagi 10 jam belajar.
Anak sebagai pelajar: 1) Farihah Hidayah bt Ahmad Fikri ( 8 tahun )
                                    2) Ahmad Fawwaz Harraz b Ahmad Fikri ( 7 tahun )
                                    3) Faqihah Huraiyah bt Ahmad Fikri ( 6 tahun )

Sessi Pertama Pengajaran. ( ada 8 orang pelajar )

1- Minta pelajar duduk tepi kolam, letak kaki dalam air.
2- Masuk kolam, tiup air dalam kolam guna mulut.
3- Selam kepala dalam air tahan nafas beberapa saat ( dengan bantuan guru ) - 3 kali seorang ikut giliran.
4- Latihan Gerakan Kaki dengan badan di atas tebing kolam, kaki dalam air.
5- Perkenalkan skatebaord air ( sebagai pelampung ) dan minta pelajar berenang (goyangkan kaki) dengan dada dan perut di atasnya.


Semua pelajar dilatih olek intruktor mengikut giliran. Ahmad nampak berani berbanding Hidayah dan Huraiyah. Dia asyik berada dalam air dan berpegang tepi kolam semasa instuktor mengajar pelajar lain sambil menunggu gilirannya. Hidayah dan Huraiyah masih tak berapa berani nak selam kepala dalam air semasa bersama instruktor.

Yang tak tahannya, Hidayah dan Huraiyah nak kencing semasa belajar sebab air kolam terlalu sejuk. Jadi, terpaksa behenti sekejap dan pergi ke tandas dengan izin instruktor. Lama pulak tu, sebab baju renang tu bersambung antara baju dan seluar. Jadi nak pakai balik dalam keadaan basah tu susahlah sedikit.

Apa pun, over all sebagai pemerhati, saya berpuashati dengan sessi pertama pengajaran. Ikuti sessi kedua,  2 minggu lagi kerana minggu depan instruktor kena pergi outstation. Terima kasih, En Nasri (instruktor kelas renang).




Saturday, December 15, 2012

Cameron Highland kami datang!

Salam semua,

14 Dis 2012

9.00 pagi   : Bertolak dari Ipoh
10.30 pagi : Tiba di Bharat Tea House





11.10 pagi : Singgah di beberapa Ladang Strawberri yang kononnya Self Plucking! Jumpa satu tempat, tapi agak mahal; 2 orang masuk - RM 30 tapi hanya boleh petik 1/2 kg sahaja. RM 50 - 1 kg. Jadi, x jd masuk.
12.00 t/hr : Makan di Restoran Naimah, dekat area pasar Cameron Highland.
12.30 t/hr : Singgah sekejap di pasaraya Borong Sakan ( area yang sama ) - dekat Hotel Rossa Pasadena.
12.45 t/hr : Orang lelaki ke Masjid Cameron Highland berhadapan dengan Balai Bomba CH. Orang Perempuan beli keychain di kedai berdekatan dan stay dalam kereta.
1.50 ptg  : Berhenti di Arked Peladang. Membeli madu, jem strawberri dan bantal kereta diseberang jalan. Kedai Melayu Islam - kedai hujung sekali jual semua jenis bantal, kotak tisu RM 10. Budak-budak makan aiskrim strawberry.


2.10 ptg  : Singgah di Fragrance Nursery.



2.20 ptg  : Ke Cactus Point. Agak cantik. Pokok-pokok bunga mmg murah. Beli satu pasu bersama pokok untuk dijadikan hadiah Birthday Papa.


2.50 ptg : Meneruskan perjalanan ke Kea Farm dan membeli belah. Sayur adan yang 4, 6, 8, 13 bungkus RM 10. Magnet peti comel dan murah RM 1 di kedai paling hujung, mula-mula dari arah Cameron Highland. Tempat lain magnet peti ada yang RM 3@ RM 4. Budak-budak beli strawberry coklat, jagung. Beli Strawbery, pack besar RM 15, 2 kotak. Strawberry sederhana 2 kotak RM 4x2 + strawberry kecil RM 3 = RM 10.
3.50 ptg : Berhenti di Bee Farm, tapi tak boleh masuk. Hanya melawat Bee museum dan membeli .

4.00 ptg : Singgah di Rose Valley. Beli Beg. Tak masuk pun. Entrance Fee: RM 4 dewasa dan RM 2 kanak-kanak.
5.00 ptg: Singgah di Avant Chocolate beli coklat dan dried mushroom. Coklat mmg mahal... Dried mushroom mahal RM 9.50 sekotak, isi skit je tapi mmg sedap.
7.20 mlm : tiba di ipoh.

Kenangan indah di USM Tronoh!


Salam semua,

13 Disember 2012 yang lalu, sempena balik ke rumah Papa di Ipoh, Perak, suami mengambil peluang untuk mengimbas kembali kenangan indah semasa di Kampus Kejuruteraan, USM di Tronoh yang sekarang ini telah diambil alih sepenuhnya oleh Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Kampus kami telah berpindah ke Nibong Tebal, Pulau Pinang.
 Di kawasan dataran tengah USM (dulu) antara library dengan school mechanic.

Di kampus inilah kami bertemu... tapi tak pernah bercakap pun! Akhirnya selamat ke jinjang pelamin, Alhamdulillah. Rasanya, saya betul-betul berhadapan dengan suami di kampus ni hanya  dua kali sahaja. Tu pun disebabkan untuk teman kak senior nak ambil barang dengan suami dan satu lagi dalam meeting program. Hehehehe... tak sangka, itulah jodoh.

Tempat yang membawa 1001 kenangan indah bersama suami di USM dulu...terutama kat tangga tu.

Di tangga ni la masa jumpa suami sebab temankan kakak senior!

Suami dan saya mengambil jurusan yang berbeza; Suami belajar dalam bidang kejuruteraan Elektirk dan Elektronik dan saya di bidang kejuruteraan Kimia. School ( ala-ala fakulti tapi kami di sini panggil school ) pun jauh. Sudah suratan kami ditentukan hidup bersama, syukur sangat-sangat!
Bangunan-bangunan lama tak banyak berubah. Terutama desasiswa Jaya dan Lembaran. Hari tu baru tahu bahawa suami pun tinggal di Desasiswa Lembaran juga. Dekat je blok kami. Ingatkan dia menetap di Desasiswa Jaya selama ni! Hish banyak betul saya tak tahu pasal suami, walaupun dah hampir 10 tahun kahwin! Lepas tu suami tinggal di rumah sewa di Taman Maju Aman di tahun ketiga pengajian.

Kami ke rumah sewa suami dulu. Saje suami nak lihat semula rumah tu. Mula-mula tak jumpa, sebab kawasan dah agak berbeza. Akhirnya jumpa juga. Dan inilah kali pertama saya tengok dan tahu bekas rumah sewa suami. Depan perumahan tu dulu kosong, sekarang siap ada TESCO lagi.

Inilah rumah sewa suami waktu belajar dulu...

Kemudian, kami bertolak ke UTP yang dahulunya Kampus USM kami. Mula-mula kami ke desasiswa Lembaran yang telah bertukar nama, tapi nombor blok tetap sama. Kami minum di cafe Lembaran bersama anak-anak.

Desasisawa Lembaran Blok 2A dahulu kini nama lain.. Yang peliknya siswi ( sekarang ) lalu betul-betul depan blok lelaki untuk ke Blok 2C di laluan pejalan kaki depan motorsikal tu. Mungkin dah diarahkan kut. Kami dulu jalan jauh-jauh dari blok lelaki ( atas jalan tar depan tu ), segan...

Desasiswa Lembaran 2C ( Perempuan )

Dari kanan; Blok 2C, Cafe Lembaran dan Blok 2A.
Seterusnya kami menuju ke School Kejuruteraan Kimia, School Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Dataran Tengah Kampus dan singgah makan di cafe sebelah School Mekanik. Semua bangunan masih ada dan sama. Cuma bukan lagi tempat belajar bidang yang sama. Warna pun adalah berubah sikit-sikit kecuali School Kimia yang agak berubah berbanding yang lain.

School kimia paling cantik... Banyak perubahan. Sekarang bukan lagi school kimia...


School EE masih sama macam dulu... tapi tak tahulah dah jadi school apa dalam UTP.

Menyesal sangat tak ambil gambar banyak-banyak sewaktu belajar dulu. Mungkin boleh dibuat perbandingan keadaan dulu dan sekarang.

Seterusnya kami ke Pusat Islam @ masjid USM. Sekarang dah ada 2 masjid di UTP. Satu masjid USM dulu ( tapi rasanya orang dah tak solat di sini, macam dijadikan tempat ceramah ) dan satu lagi masjid baru UTP yang sangat besar lagi indah.

Bergambar di masjid 'USM'

Bergambar menghala ke tasik dari dalam masjid.

Dewan Besar untuk peperiksaan pun masih seperti dahulu.
Kemudian, kami ke tempat di mana suami saya melihat saya waktu tu dan berkata dalam hati, " Dia nilah bakal isteriku" Kelakarkan... Saya tak perasan langsung dia pun. Tempat ni adalah kawasan Dewan Kuliah Utama ( DK 1), DK 2 dan DK 3. Suami kata waktu tu ada program kat situ. Dia berada di palang tangga dan terlihat saya yang nak masuk dewan ( DK 1 ).

Kawasan yang bersejarah bagi suami... maklumlah hati sudah berbunga...heehehe

 
Dulu hanya seorang diri di palang tangga ni, kini berdua malah dah pun berenam....


Hulaif sempat berposing dalam DK 2 sebab tak de kuliah dalam tu. DK 1 ada pelajar.


Dalam DK 2...


Anak-anak happy sebab dapat tengok Universiti Abah dan Ummi mereka belajar.

Dah habis berposing, kami pun pulang meninggalkan 1001 kenangan indah di Kampus Kejuruteraan USM Tronoh a.k.a UTP sekarang. Doakan kebahagiaan yang terbina kekal hingga ke syurga. Wassalam

Doakan kami kekal bahagia ye... tq

Birthday Papa a.k.a Tok!

Happy Birthday , Papa! Sambutan hari jadi yang diadakan di rumah papa sempena percutian kami ke sana... Semoga dipanjangkan umur dalam ibadah dan dimurahkan rezeki oleh Allah, Amin...