Sehari di Melaka dan lain-lain...
Salam semua,
Tujuan asal ke Melaka ialah untuk mencari remis di Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah Melaka. Keseronokan mencari remis sessi pertama November lalu, membawa kami sekali lagi ke pantai ini.
Bertolak dari KL pukul 8.20 pagi dan singgah di Bandar Seri Putra untuk menikmati sarapan. Tiba di Pantai Pengkalan Balak dalam pukull 11.00 pagi. Bersantai sambil membuat pertandingan pengutip remis paling banyak hingga pukul 1.30 petang. Namun, agak terkilan kerana hasil kutipan agak berkurangan mungkin disebabkan hari panas. Tapi, alhamdulillah, masih ada bekalan remis untuk dibawa pulang ke KL.
Dari pengalaman yang lalu, kami datang dalam pukul 6.45 pagi dan tiba 2 jam kemudian. Hasil pencarian remis yang banyak diperolehi. Mungkin, di lain masa, kami perlu datang lebih awal. Agaknya, remis senang dijumpai dalam pasir yang sejuk...
Cari mencari remis di sini agak berlainan dengan di Pantai Merang, Terengganu ( negeri sendiri ). Di sana, kami hanya menunggu ombak datang membawa remis. Remis yang tidak sempat dibawa ombak semula ke laut akan masuk sedikit dalam pasir dan waktu inilah dengan segera kami kutip remis-remis tu sebelum ombak datang kembali.
Tapi di Pantai Pengkalan Balak, Melaka berbeza. Kami perlu mencari remis dengan menggali pasir dan mejumpai remis-remis tu dengan tidak sengaja. Yang agak pelik, remis ada dalam pasir di bahagian atas kawasan pantai yang tidak terkena ombak pun. Mungkin sebelum ni ombak pernah sampai ke kawasan atas pasir pantai dan meninggalkan remis-remis hidup di situ. Jadi, di pantai ni, kami perlu berusaha lebih menggali pasir untuk mendapatkan remis.
Setelah itu ( walaupun masih tak berpuashati dengan hasil kutipan remis dan hari makin panas ), kami bertolak menuju ke bandar Melaka dan ke Ayer Keroh membeli belah baju dan buku. Kemudian, kami bertolak pulang ke KL.
Dalam perjalanan pulang, sekali lagi kami singgah di Bandar Seri Putra dan ke pasar malam. Beli 2 biji kek angry bird kegemaran anak-anak. Kemudian ke Putrajaya untuk menikmati makan malam serta mandi kolam di Kompleks Kejiranan Putrajaya.
Kepada yang ingin merasai pengalaman manis mencari remis bolehlah berkunjung ke Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Pasti pengalaman ini cukup indah untuk diri dan keluarga anda. Insya Allah, kami akan ke sana lagi nanti. Wassalam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home